Welcome to My Website

Semua tulisan di dalam weblog yang diambil untuk paparan di mana-mana medium sama bercetak atau secara maya, hendaklah disertakan sekali pautan kepada weblog ini.

Aku akan berkahwin, Insya Allah...

Ditulis oleh kawakib_duriyah Khamis, Oktober 04, 2007

Kepada semua kawan-kawan yang mengenali saya, tidak kira taraf kakak, abang atau adik, termasuk sanak saudara saya semua. Saya dengan rasa rendah diri ingin menjemput semua ke Majlis Kesyukuran sempena perkahwinan saya Oktober ini. Majlis ini akan diadakan pada 18 Oktober 2007M bersamaan 6 Syawal 1428H di rumah keluarga saya di alamat 239-B Jalan Pam Air Pelagat, Kampung Padang Landak, 22000 Jerteh, Terengganu.

Jika saudara-saudari jauh dari rumah saya, boleh juga datang ke rumah pengantin perempuan pada 15 Oktober 2007M bersamaan 3 Syawal 1428H di alamat Lot 3404 Jalan Masjid Kutan Tengah, Wakaf Bharu, 16250 Tumpat, Kelantan.

Di sini saya lampirkan kad jemputan untuk tatapan kawan-kawan semua. Kad untuk pengantin perempuan tidak ada, sebab dia tidak mahu. Saya pun tidak faham kenapa, tanya dia...hehehe

Kalau tidak jelas, sila klik pada gambar-gambar ini.


1 Responses to Aku akan berkahwin, Insya Allah...

  1. Tanpa Nama Says:
  2. Tahniah buat anda, semoga selamat menjalani kehidupan baru!